Selamat Datang...

Thursday, March 31, 2016

TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI PKG DAERAH TUMPAT 2016

Taklimat ini diadakan selama dua hari. Pada 30 Mac 2016 taklimat yang dijalankan adalah kepada Guru Kanan Bahasa dan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Seramai 48 peserta dari daerah Tumpat telah hadir. Pada hari ke-2 pula iaitu pada 31 Mac 2016, taklimat disampaikan kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris sekolah-sekolah daerah Tumpat. Ucapan dasar disampaikan oleh En Zulkifli bin Zakaria, Penolong Pengarah BTPN Kelantan. Seterusnya taklimat teknikal iaitu berkenaan penggunaan CD yang dibekalkan telah disampaikan oleh En Muhamad Faizal bin Arifin, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pasir Pekan. Peserta diajar berkenaan tatacara menggunakan CD dengan cara yang betul. Pada slot yang ke-3, cara penulisan RPH dengan mengaitkan bahan yang terdapat daripada CD yang dibekalkan telah disampaikan oleh Pegawai SISC+ Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Antara isu yang dikenalpasti semasa taklimat dijalankan ialah :
1. CD yang dibekalkan seharusnya digunakan dengan berhati-hati.
2. Bahan yang terdapat di dalam CD yang diberikan banyak memberi manfaat kepada guru dan pelajar.
3. Cara penulisan RPH yang berkaitan dengan CD yang dibekalkan adalah pendedahan yang baik kepada guru dalam melaksanakan pengajaran menggunakan bahan digital yang dibekalkan.
From TAKLIMAT BAHAN DIGITAL MBMMBI DAERAH TUMPAT - BAHASA INGGERIS 31 MAC 2016
Secara keseluruhan, TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI yang dijalankan secara kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat dapat dilakukan sebagaimana perancangan yang ditetapkan. Kehadiran peserta dan kerjasama yang diberikan adalah amat membanggakan. Kesungguhan dan penyebaran ilmu yang ditunjukkan oleh fasilitator yang terlibat juga amat berkesan terhadap pengunaan bahan digital sebagaimana diharapkan.Justeru, pihak PKG Daerah Tumpat amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama khusus pihak PPD Tumpat, BTPN Kelantan dan juga para fasilitator yang terlibat dalam pelaksaan program ini. Harapan agar segala ilmu yang diperolehi dapat dikembangkan di peringkat sekolah dan digunakan untuk peningkatan pembelajaran para pelajar. Segala kelemahan yang dikesan perlu diatasi agar peningkatan penggunaan bahan dapat dilakukan secara berterusan terutama bahan digital MBMMBI ini.  
Taklimat MBMMBI pada 30 Mac 2016.
Taklimat MBMMBI pada 31 Mac 2016.

0 comments:

Post a Comment