Selamat Datang...

Sunday, January 1, 2017

Saturday, October 15, 2016

KAJIAN MBMMBI NEGERI KELANTAN 2016

Bermula 3 Oktober hingga 13 Oktober 2016, BTPN Kelantan telah menjalankan satu kajian “KEBERKESANAN PENGGUNAAN CD DIGITAL BAHAN MBMMBI SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN”. PKG Pasir Pekan tidak tekecuali untuk membantu dalam menjayakan program BTPN ini. Pihak PKG telah mengedarkan soalan kajian sebagaimana yang dikehendaki. Penerangan juga diberikan kepada Penyelaras MBMMBI sekolah untuk melancarkan program ini. Di peringkat daerah, satu penerangan telah diberikan oleh En Rosman, PTP PKG Chabang Empat.



Borang yang telah diisi dihantar untuk dipanjangkankan ke BTPN Kelantan. Semoga kajian ini dapat memberi satu hasil kajian yang dapat digunakan untuk penambahbaikan di masa akna datang.

Thursday, October 13, 2016

BENGKEL BINA BAHAN KEM SERLAH MINDA JPN KELANTAN

Pada 12 dan 13 Oktober 2016, JPN Kelantan telah mengadakan satu bengkel kepada guru-guru pemulihan negeri Kelantan. Bengkel Bina Bahan Kem Serlah Minda ini telah diadakan di PKG Pasir Pekan. Pegawai JPN, En Yahya Isa amat berterima kasih kepada PKG Pasir Pekan kerana dapat menyediakan satu tempat yang kondusif untuk kegunaan para peserta.


Para peserta juga sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Itulah sebenarnya harapan kami, agar pelanggan berpuashati dalam apa jua perkhidmatan yang diberikan.

Thursday, September 1, 2016

TAKLIMAT PENGISIAN STATUS BANDWIDTH PKG DAERAH TUMPAT

PKG Daerah Tumpat telah berkolaborasi bersama BTPN dan PPD Tumpat untuk mengadakan satu taklimat untuk Pengisian Status Bandwidth 1Bestarinet Fasa 2 bagi sekolah kelompok daerah Tumpat. Program ini dijalankan pada 29 Ogos 2016 di bilik seminar SMK Dato' Biji Wangsa.


Kehadiran En Mohd Asri Zawawi, Penolong Pengarah BTPN Kelantan bersama En Iskandar Zulkarnain banyak membantu dalam memberi kefahaman kepada GPB/ICT sekolah kelompok daerah Tumpat. Semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Tumpat juga bersatu dalam memberi kefahaman kepada guru-guru. Kefahaman guru-guru dalam mengurus status bandwidth ini amat penting agar sekolah tidak tercicir dalam menerima pembekalan bandwidth kepada guru dan murid di sekolah. Taklimat ini telah memberi impak yang besar apabila PPD Tumpat adalah antara 10 PPD terbaik di semenanjung dalam mengurus bandwidth bagi 1bestarinet fasa2 ini.

Wednesday, August 31, 2016

KHIDMAT BANTU PSS SMK KUTAN 16-18 OGOS 2016


Sekali lagi PKG Pasir Pekan dengan kerjasama BTPN Kelantan dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kelantan yang tersenarai telah berjaya dalam mengendalikan satu KHIDMAT BANTU PSS. Khidmat Bantu PSS ini telah diadakan di SMK Kutan. Pilihan ini telah dipilih oleh pihak BTPN bangi membantu sekolah tersebut dalam meningkatkan prasarana PSS seterusnya mambantu dalam pebingkatan pembestarian sekolah.


Kerjasama dan kesepakatan Pegawai BTPN / PKG Kelantan dan GPM Sekolah Kelompok dalam menjayakan Khidmat Bantu PSS ini amat dibanggakan. Komitmen yang diberikan memberi satu impak yang amat baik kepada sekolah. Pihak Pengurusan SMK Kutan amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan. Keterlibatan JTK sekolah daerah Tumpat juga banyak membantu dalam menyediakan satu prasaran ICT yang baik kepada sekolah. Peluang yang diberikan ini amat bermakna bagi kami PKG Pasir Pekan dan warga SMK Kutan. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan KHIDMAT BANTU PSS SMK KUTAN 2016.


Tuesday, August 30, 2016

MESYUARAT JKPA SEKOLAH KELOMPOK PKG PASIR PEKAN BIL 2/2016

Tanggal 11 Ogos 2016, PKG Pasir Pekan sekali lagi mengadakan Mesyuarat JKPA Bil2/2016 untuk membincangkan isu berkaitan bersama Pengetua dan Guru Besar. Mesyuarat kali ke-2 ini dijalankan di PKG Pasir Pekan. Kehadiran semua Pengetua dan Guru Besar sekolah kelompok menunjukkan satu kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan PKG.

Kehadiran En Azmi Ismail ( Unit ICT PPD Tumpat ), juga banyak membantu terutama memperjelaskan setiap keperluan yang berkaitan dengan pengurusan PPD Tumpat. Cadangan dan cetusan idea yang diberi banyak membantu pihak PKG Pasir Pekan untuk bertindak dengan lebih baik lagi.

Pada mesyuarat tersebut juga diadakan penyampaian Sijil Penghargaan daripada Dato' Pengarah JPN Kelantan kepada sekolah yang telah berjaya menggunakan VLE sebagaimana dikehendaki. Sekolah tersebut ialah SMK Kam[ong Laut, SK Seri Kampong Laut dan SK Pulau Beluru. 



Harapan agar kesepakatan antara warga PKG Pasir Pekan, Sekolah Kelompok dan PPD Tumpat akan terus akrab untuk kecemerlangan pada masa akan datang.


Wednesday, August 3, 2016

MESYUARAT PERDANA GPM GPB/ICT SEKOLAH KELOMPOK

Pada 3 Ogos 2016, PKG Pasir Pekan telah mengadakan satu mesyuarat iaitu Mesyuarat Perdana GPM & GPB/ICT bagi sekolah kelompok PKG Pasir Pekan. Kehadiran 100% ahli mesyuarat menunjukkan kerjasama yang diberikan adalah tinggi. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan NILAM, Pengurusan PSS, Pengurusan Makmal Komputer, SSQS dan penggunaan VLE.

Selesai mesyuarat, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga telah dijalankan. Kemeriahan terasa dengan kehadiran tetamu dari Warga PKG Daerah Tumpat dan PKG berhampiran. Kehadiran pihak pentadbiran SK Pasir Pekan juga menambahkan lagi seri sambutan hari raya ini.