Selamat Datang...

Thursday, March 3, 2016

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH TUMPAT 2016

PKG Daerah Tumpat dengan kerjasama PPD Tumpat telah mengadakan pertandingan untuk Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Tumpat untuk Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Kelantan.

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PPD Tumpat telah diadakan pada 3 Mac 2016. Kerjasama warga PKG Daerah Tumpat dalam menjayakan aktiviti ini amat dibanggakan. Kehadiran Puan Tuan Roslina binti Tuan Mat ( PTP PKG Kedai Tanjong ) yang berpengalaman banyak memberi pendedahan dan kelancaran dalam pelaksanaan aktiviti ini. Hakim dan para peserta diberi taklimat sebelum pertandingan diadakan. Pemilihan Tokoh NILAM Daerag Tumpat pada kali ini diadakan di PKG Tumpat kerana faktor kedudukannya yang berada di tengah-tengah bandar Tumpat yang mempunyai jarak sesuai untuk kehadiran daripada pihak sekolah.
Hasil daripada pertandingan yang dijalankan, keputusan telah diperolehi. Pemenang yang layak ini terpilih untuk mewakili Daerah Tumpat ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 21-23 Mac 2016 di Perpustakaan Awan Kelantan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Senarai pemenang ialah :
NAMA MURID
SEKOLAH
PKG
KETEGORI
Muhammad Danial bin Adnan
SMK Chabang Empat
Chabang Empat
BI SM
Nor Asmira binti Azli
SMK Chabang Empat
Chabang Empat
BM SM
Nur Aleeya Hazeeqah binti Mohd Zaki
SK Morak
Pasir Pekan
BI SK
Siti Aisyah Aliya binti Shamsul Rahim
SK Seri Wakaf Bharu
Chabang Empat
BM SK

0 comments:

Post a Comment