Selamat Datang...

Saturday, February 27, 2016

LDP VLE SMK SUNGAI PINANG

Demi meningkatkan kefahaman guru-guru dalam penggunaan VLE untuk sesi P&P di dalam kelas, PKG Pasir Pekan telah menjalankan beberapa aktiviti LDP kepada guru-guru sekolah kelompok.
SMK Sungai Pinang merupakan salah satu sekolah yang terlibat dengan LDP yang diadakan. LDP VLE kepada guru-guru SMK Sungai Pinang telah diadakan pada 27 Februari 2016 bertempat di bilik mesyuarat sekolah. Kehadiran 48 orang guru termasuk Pengetua menunjukkan betapa pihak sekolah berminat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Kehadiran En Rosman, PTP PKG Chabang Empat melancarkan lagi program yang dijalankan ini. Objektif diadakan bengkel sebegini ialah:
1. Menggalakkan guru terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menambah bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing melalui VLE.
2. Menggalakkan penggunaan VLE dalam P&P dengan lebih afektif.
From LDP SMK SG PINANG 27 FEB 2016
Bengkel seumpama ini merupakan langkah awal pihak PKG Pasir Pekan untuk membantu guru yang berkenaan dalam menyediakan laman pembelajaran menggunakan VLE. Segala info terkini yang disebarkan oleh pihak BTPN disalurkan kepada para peserta untuk tindakan yang selaras dengan kehendak dasar.  Harapan agar segala ilmu yang diperolehi dapat dikembangkan di peringkat sekolah dan digunakan untuk menguruskan pembelajaran maya yang lebih berkesan dengan baik agar dapat dimanfaatkan bagi peningkatan pembelajaran para pelajar terutama dengan penggunaan VLE di sekolah. Segala kelemahan yang dikesan perlu diatasi agar peningkatan penggunaan VLE secara maksimun.

0 comments:

Post a Comment