Selamat Datang...

Tuesday, March 8, 2016

MESYUARAT GPM SEKOLAH KELOMPOK PKG PASIR PEKAN BIL 1/2016

     Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media bagi sekolah kelompok PKG Daerah Tumpat telah berjaya diadakan pada 8 Mac 2016. Mesyuarat telah dijalankan secara pemuafakatan antara PKG daerah Tumpat. Antara objektif mesyuarat ialah :

1.  Menyelaras aktiviti PSS tahun semasa.
2.  Membentangkan aktiviti tahun lepas untuk penambahbaikan.
3.  Merancang aktiviti tahunan secara tersusun dan secara sistematik. 
     
     Kehadiran peserta di kalangan GPM Daerah Tumpat amat menggalakkan. Mesyuarat yang diadakan di PKG Tumpat ini telah dimulakan dengan perbentangan pelaporan aktiviti 2015 dan perancangan 2016 oleh En Rosman Ismail ( PTP PKG Chabang Empat). Perbincangan yang telah dilakukan melibatkan perihal berkaitan pengurusan PSS sekolah. Antara perkara penting yang dibincangkan ialah berkaitan Pengurusan NILAM diperingkat sekolah. Pengisian Data NILAM menggunakan tapak pengisian yang baru telah diterangkan. Isu-isu lain PSS melibatkan perkara seperti APSS peringkat daerah, Pertandingan Tokoh NILAM Negeri yang telah dijalankan, pengurusan fail PSS dan sebagainya.
From Mesyuarat GPM Daerah Tumpat 8.3.2016

0 comments:

Post a Comment