Selamat Datang...

Wednesday, June 29, 2016

#PKGPASIRPEKANNGAJI

Pada 29 Jun 2016, PKG Pasir Pekan tidak ketinggalan untuk menjalankan Program Malaysia Ngaji anjuran BTPN dan PKG Kelantan. BTPN dan juga setiap PKG mengadakan program ini secara serentak iaitu pada jam 11.45 pagi. Disamping memupuk rasa cinta kepada Al-Quran, program ini bertujuan agar warga BTPN dan PKG dapat khatam Quran pada hari tersebut. Ianya amat bersesuaian dengan palaksanaan pada bulan Ramadhan. Pembahagian juzuk untuk bacaan telah dibahagikan terlebih dahulu. PKG Pasir Pekan membaca Juz yang ke-24.


Monday, June 27, 2016

LAWATAN KERJA KPP BTPN KELANTAN

Pada 27 Jun 2016, En Nasir bin Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan telah datang ke PKG Pasir Pekan untuk Lawatan Kerja. Beliau ditemani En Roslan Che Ghani, Pegawai Teknologi Pendidikan ( UBEST ). Kedatangan beliau selaku seorang ketua, memberi semangat kepada warga PKG Pasir Pekan dalam melaksanakan tugasan harian.

Monday, June 20, 2016

KHIDMAT BANTU VLE SK PADANG POHON TANJUNG

Pada 20 Jun 2016, sekali lagi Khidmat Bantu VLE dijalankan. Kali ini sekolah yang terlibat secara langsng ialah SK Padang Pohon Tanjung. Sebelum Khidmat Bantu dijalankan, pihak PKG sempat untuk membantu dalam pemasangan kabel networking di makmal komputer sekolah. Kehadiran JTK-En Khalaf membantu memudahkan penguursan. Khidmat Bantu VLE ini dijalankan untuk peningkatan pemahaman penggunaan oleh guru dan murid. Cikgu Khairizan selaku Penyelaras VLE Sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak PKG Pasir Pekan.
Khidmat Bantu VLE yang dijalankan adalah diberikan kepada murid tahun 5 Nilam seramai 30 orang murid. Murid didedahkan dengan penggunaan widget scorm. Guru yang ikut serta juga amat teruja dengan Khudmat Bantu yang diberikan. Permohonan pihak sekolah agar Khidmat Bantu seumpama ini diadakan lagi.

Sunday, June 12, 2016

Wednesday, June 8, 2016

SAMBUTAN HARU GURU PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 2 Jun 2016 di Dewan Sri Tunjong, JPN Kelantan. Kehadiran YBhg Dato'Hj Abdul Aziz Abdullah, Pengaraj JPN Kelantan memeriahkan majlis sekaligus memberi semangat kepada warga pendidikan yang hadir.

Sambutan Hari Guru yang ke-45 ini diadakan dengan meriah sekali. Penyertaan agensi luar untuk mengadakan pameran dan booth jualan amat menggalakkan. YBhg Dato' Pengarah sempat menyampaikan ucapan dan anugerah kepada penarima pada hari tersebut. Sambutan sebegini tentunya menaikkan semangat guru-guru, khususnya guru-guru di negeri Kelantan.

Tuesday, May 31, 2016

Thursday, May 19, 2016

KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER SMKA FALAHIAH

Pada 18 dan 19 Mei 2016, PKG Pasir Pekan telah berjaya melaksanakan satu lagi Khidmat Bantu Makmal Komputer. Ianya berlaku di SMKA Falahiah. 2 orang pegawai dan 4 orang juruteknik telah terlibat. Khidmat bantu yang dilakukan melibatkan networking di makmal komputer. Kerosakan adalah daripada kesan banjir besar yang berlaku baru-baru ini.
From KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER SMKA FALAHIAH 18 MEI 2016
Khidmat Bantu dimulakan dengan taklimat dan diteruskan dengan aktiviti khidmat bantu. Setelah 2 hari melakukan Khidmat Bantu, sebanyak 42 komputer telah berjaya disambungkan dengan talian internet. Semasa proses Khidmat Bantu juga admin VLE iaitu Cikgu Normili diberi penerangan berkenaan pengurusan VLE sekolah. Pihak sekolah amat berterima kasih terhadap sumbangan yang diberikan. Bagi kami di PKG, itu adalah tanggungjawab dan impak terhadap pelaksaan aktiviti adalah lebih penting.