Selamat Datang...
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Saturday, October 15, 2016

KAJIAN MBMMBI NEGERI KELANTAN 2016

Bermula 3 Oktober hingga 13 Oktober 2016, BTPN Kelantan telah menjalankan satu kajian “KEBERKESANAN PENGGUNAAN CD DIGITAL BAHAN MBMMBI SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN”. PKG Pasir Pekan tidak tekecuali untuk membantu dalam menjayakan program BTPN ini. Pihak PKG telah mengedarkan soalan kajian sebagaimana yang dikehendaki. Penerangan juga diberikan kepada Penyelaras MBMMBI sekolah untuk melancarkan program ini. Di peringkat daerah, satu penerangan telah diberikan oleh En Rosman, PTP PKG Chabang Empat.



Borang yang telah diisi dihantar untuk dipanjangkankan ke BTPN Kelantan. Semoga kajian ini dapat memberi satu hasil kajian yang dapat digunakan untuk penambahbaikan di masa akna datang.

Thursday, October 13, 2016

BENGKEL BINA BAHAN KEM SERLAH MINDA JPN KELANTAN

Pada 12 dan 13 Oktober 2016, JPN Kelantan telah mengadakan satu bengkel kepada guru-guru pemulihan negeri Kelantan. Bengkel Bina Bahan Kem Serlah Minda ini telah diadakan di PKG Pasir Pekan. Pegawai JPN, En Yahya Isa amat berterima kasih kepada PKG Pasir Pekan kerana dapat menyediakan satu tempat yang kondusif untuk kegunaan para peserta.


Para peserta juga sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Itulah sebenarnya harapan kami, agar pelanggan berpuashati dalam apa jua perkhidmatan yang diberikan.

Thursday, September 1, 2016

TAKLIMAT PENGISIAN STATUS BANDWIDTH PKG DAERAH TUMPAT

PKG Daerah Tumpat telah berkolaborasi bersama BTPN dan PPD Tumpat untuk mengadakan satu taklimat untuk Pengisian Status Bandwidth 1Bestarinet Fasa 2 bagi sekolah kelompok daerah Tumpat. Program ini dijalankan pada 29 Ogos 2016 di bilik seminar SMK Dato' Biji Wangsa.


Kehadiran En Mohd Asri Zawawi, Penolong Pengarah BTPN Kelantan bersama En Iskandar Zulkarnain banyak membantu dalam memberi kefahaman kepada GPB/ICT sekolah kelompok daerah Tumpat. Semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Tumpat juga bersatu dalam memberi kefahaman kepada guru-guru. Kefahaman guru-guru dalam mengurus status bandwidth ini amat penting agar sekolah tidak tercicir dalam menerima pembekalan bandwidth kepada guru dan murid di sekolah. Taklimat ini telah memberi impak yang besar apabila PPD Tumpat adalah antara 10 PPD terbaik di semenanjung dalam mengurus bandwidth bagi 1bestarinet fasa2 ini.

Wednesday, August 31, 2016

KHIDMAT BANTU PSS SMK KUTAN 16-18 OGOS 2016


Sekali lagi PKG Pasir Pekan dengan kerjasama BTPN Kelantan dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kelantan yang tersenarai telah berjaya dalam mengendalikan satu KHIDMAT BANTU PSS. Khidmat Bantu PSS ini telah diadakan di SMK Kutan. Pilihan ini telah dipilih oleh pihak BTPN bangi membantu sekolah tersebut dalam meningkatkan prasarana PSS seterusnya mambantu dalam pebingkatan pembestarian sekolah.


Kerjasama dan kesepakatan Pegawai BTPN / PKG Kelantan dan GPM Sekolah Kelompok dalam menjayakan Khidmat Bantu PSS ini amat dibanggakan. Komitmen yang diberikan memberi satu impak yang amat baik kepada sekolah. Pihak Pengurusan SMK Kutan amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan. Keterlibatan JTK sekolah daerah Tumpat juga banyak membantu dalam menyediakan satu prasaran ICT yang baik kepada sekolah. Peluang yang diberikan ini amat bermakna bagi kami PKG Pasir Pekan dan warga SMK Kutan. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan KHIDMAT BANTU PSS SMK KUTAN 2016.


Tuesday, August 30, 2016

MESYUARAT JKPA SEKOLAH KELOMPOK PKG PASIR PEKAN BIL 2/2016

Tanggal 11 Ogos 2016, PKG Pasir Pekan sekali lagi mengadakan Mesyuarat JKPA Bil2/2016 untuk membincangkan isu berkaitan bersama Pengetua dan Guru Besar. Mesyuarat kali ke-2 ini dijalankan di PKG Pasir Pekan. Kehadiran semua Pengetua dan Guru Besar sekolah kelompok menunjukkan satu kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan PKG.

Kehadiran En Azmi Ismail ( Unit ICT PPD Tumpat ), juga banyak membantu terutama memperjelaskan setiap keperluan yang berkaitan dengan pengurusan PPD Tumpat. Cadangan dan cetusan idea yang diberi banyak membantu pihak PKG Pasir Pekan untuk bertindak dengan lebih baik lagi.

Pada mesyuarat tersebut juga diadakan penyampaian Sijil Penghargaan daripada Dato' Pengarah JPN Kelantan kepada sekolah yang telah berjaya menggunakan VLE sebagaimana dikehendaki. Sekolah tersebut ialah SMK Kam[ong Laut, SK Seri Kampong Laut dan SK Pulau Beluru. 



Harapan agar kesepakatan antara warga PKG Pasir Pekan, Sekolah Kelompok dan PPD Tumpat akan terus akrab untuk kecemerlangan pada masa akan datang.


Wednesday, August 3, 2016

MESYUARAT PERDANA GPM GPB/ICT SEKOLAH KELOMPOK

Pada 3 Ogos 2016, PKG Pasir Pekan telah mengadakan satu mesyuarat iaitu Mesyuarat Perdana GPM & GPB/ICT bagi sekolah kelompok PKG Pasir Pekan. Kehadiran 100% ahli mesyuarat menunjukkan kerjasama yang diberikan adalah tinggi. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan NILAM, Pengurusan PSS, Pengurusan Makmal Komputer, SSQS dan penggunaan VLE.

Selesai mesyuarat, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga telah dijalankan. Kemeriahan terasa dengan kehadiran tetamu dari Warga PKG Daerah Tumpat dan PKG berhampiran. Kehadiran pihak pentadbiran SK Pasir Pekan juga menambahkan lagi seri sambutan hari raya ini.

Wednesday, June 29, 2016

#PKGPASIRPEKANNGAJI

Pada 29 Jun 2016, PKG Pasir Pekan tidak ketinggalan untuk menjalankan Program Malaysia Ngaji anjuran BTPN dan PKG Kelantan. BTPN dan juga setiap PKG mengadakan program ini secara serentak iaitu pada jam 11.45 pagi. Disamping memupuk rasa cinta kepada Al-Quran, program ini bertujuan agar warga BTPN dan PKG dapat khatam Quran pada hari tersebut. Ianya amat bersesuaian dengan palaksanaan pada bulan Ramadhan. Pembahagian juzuk untuk bacaan telah dibahagikan terlebih dahulu. PKG Pasir Pekan membaca Juz yang ke-24.


Monday, June 20, 2016

KHIDMAT BANTU VLE SK PADANG POHON TANJUNG

Pada 20 Jun 2016, sekali lagi Khidmat Bantu VLE dijalankan. Kali ini sekolah yang terlibat secara langsng ialah SK Padang Pohon Tanjung. Sebelum Khidmat Bantu dijalankan, pihak PKG sempat untuk membantu dalam pemasangan kabel networking di makmal komputer sekolah. Kehadiran JTK-En Khalaf membantu memudahkan penguursan. Khidmat Bantu VLE ini dijalankan untuk peningkatan pemahaman penggunaan oleh guru dan murid. Cikgu Khairizan selaku Penyelaras VLE Sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak PKG Pasir Pekan.
Khidmat Bantu VLE yang dijalankan adalah diberikan kepada murid tahun 5 Nilam seramai 30 orang murid. Murid didedahkan dengan penggunaan widget scorm. Guru yang ikut serta juga amat teruja dengan Khudmat Bantu yang diberikan. Permohonan pihak sekolah agar Khidmat Bantu seumpama ini diadakan lagi.

Thursday, May 19, 2016

KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER SMKA FALAHIAH

Pada 18 dan 19 Mei 2016, PKG Pasir Pekan telah berjaya melaksanakan satu lagi Khidmat Bantu Makmal Komputer. Ianya berlaku di SMKA Falahiah. 2 orang pegawai dan 4 orang juruteknik telah terlibat. Khidmat bantu yang dilakukan melibatkan networking di makmal komputer. Kerosakan adalah daripada kesan banjir besar yang berlaku baru-baru ini.
From KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER SMKA FALAHIAH 18 MEI 2016
Khidmat Bantu dimulakan dengan taklimat dan diteruskan dengan aktiviti khidmat bantu. Setelah 2 hari melakukan Khidmat Bantu, sebanyak 42 komputer telah berjaya disambungkan dengan talian internet. Semasa proses Khidmat Bantu juga admin VLE iaitu Cikgu Normili diberi penerangan berkenaan pengurusan VLE sekolah. Pihak sekolah amat berterima kasih terhadap sumbangan yang diberikan. Bagi kami di PKG, itu adalah tanggungjawab dan impak terhadap pelaksaan aktiviti adalah lebih penting.

Wednesday, May 18, 2016

PERASMIAN PENUTUP BULAN PSS SK PASIR PEKAN

Terima kasih kepada SK Pasir Pekan telah menjayakan Bulan PSS Peringkat Sekolah 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Pihak PKG telah dijemput untuk merasmikan penutupan Bulan PSS peringkat sekolah yang telah dijalankan ini. Syabas dan tahniah kepada Cikgu Nor Azura selaku Penyelaras untuk program yang dijalankan.

From RASMI PENUTUPAN BULAN PSS SK PASIR PEKAN 18 MEI 2016
Harapan agar SK Pasir Pekan terus berjaya dalam apa jua khususnya dalam mewujudkan kemenjadian murid. SYABAS!!!

Tuesday, May 17, 2016

KHIDMAT BANTU VLE MURID DAN LDP GURU SK SUNGAI PINANG

Khidmat Bantu VLE Murid sekali lagi dilakukan. Kali ini dijalankan di SK Sungai Pinang. Khidmat Bantu yang dijalankan demi memberi peningkatan pemahaman kepada guru dan murid dalam menggunakan VLE untuk tujuan P&P. Khidmat Bantu dimulakan dengan memberi tunjuk ajar kepada murid (2 kelas) terhadap bagaimana menggunakan Widget Scorm untuk tujuan pembelajaran. Murid didapati amat seronok untuk mengikuti aktiviti yang diberikan.
From KHIDMAT BANTU VLE SK SG PINANG 17 MEI 2016
LDP kepada guru juga diberikan. Penekanan yang diberikan ialah cara menggunakan widget asas dan cara membina assignment kepada murid. Harapan agar dengan pemahaman yang ada dapat membantu para guru menggunakan VLE secara afektif sekaligus dapat membantu mencapai KPI sekolah. Khidmat Bantu sebegini jelas memberi kefahaman kepada guru dan murid.

From KHIDMAT BANTU VLE SK SG PINANG 17 MEI 2016

Tuesday, May 10, 2016

KARNIVAL DAKWAH NEGERI KELANTAN 2016

Satu lagi acara besar anjuran JPN Kelantan telah berlangsung. Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Kelantan telah berjaya dilaksanakan pada 5 Mei 2016. Program pada kali ini, SMKA Falahiah telah dipilih sebagai tuan rumah.
Karnival Dakwah ini berjaya dilaksanakan dengan lancar sekali. Kemeriahan di mana-mana di persekitaran SMKA Falahian ini. Sebanyak 16 aktiviti telah dijalankan. Ia melibatkan sekolah-sekolah menengah dan rendah yang telah terpilih di peringklat daerah. Kemeriahan jelas bertambah apabila kehadiran Dato' Pengarah JPN Kelantan, YBhg Dato' Hj Abdul Aziz bin Abdullah. YBhg Dato' telah merasmikan penutup Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Kelantan 2016. YBhg Dato' juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Harapan agar acara sebegini akan berterusan pada masa akan datang untuk mencungkil bakat dan kebolehan para pelajar.

Tuesday, April 26, 2016

BENGKEL PIE (Participation Interaction Engagement)

Satu lagi inisiatif telah dijalankan oleh PKG Pasir Pekan untuk peningkatan penggunaan VLE. Bengkel PIE merupakan lanjutan daripada Bengkel HUB VLE yang telah dijalankan di SMK Mahmud Mahyiddin pada 19 April 2016 yang lalu. Pada bengkel kali ini seramai 22 orang peserta terlibat. Peserta diajarkan cara-cara menggunakan widget asas VLE. Widget yang diterangkan ialah widget AB Text, Media dan Wall.
From BENGKEL PIE PKG PASIR PEKAN 26 APRIL 2016
Keseronokan para peserta jelas terlihat apabila dapat menguasai setiap kemahiran yang diberikan. Fasilitator, iaitu En Hanif dari YTL juga bersemangat memberi ilmu kepada peserta. Kehadiran Puan Nurul dan En Hafizi dari YTL juga amat-amat membantu. Diharapkan program sebegini akan berlaku lagi pada masa-masa akan datang.

KHIDMAT BANTU PEMBESTARIAN SEKOLAH - SMK MAHMUD MAHYIDDIN

Sekolah SMK Mahmud Mahyiddin merupakan salah Satu sekolah Bestari Luar Bandar yang terletak di pinggir bandar Kota Bharu. SMK Mahmud Mahyiddin telah terpilih untuk diberi Khidmat Bantu Pembestarian oleh pihak BTP Kementerian Malaysia. Pada 26 April 2016 wakil daripada BTPN Kelantan iaitu En Mohd Asri Mohd Zawawi, Penolong Pengarah BTPN Kelantan bersama beberapa orang pegawai BTPN dan PKG Pasir Pekan telah bersama-sama untuk membantu SMK Mahmud Mahyiddin untuk peningkatan pembestarian sekolah.

From KHIDMAT BANTU PEMBESTARIAN SMK MAHMUD MAHYIDDIN 26 APRIL 2016
Pembentangan telah dilakukan oleh pihak sekolah iaitu En Borhanuddin (GPB/ICT) berkenaan perancangan pembestarian sekolah dan pelaksanaan terhadap perancangan yang telah dilakukan. Pembentangan yang dilakukan memberi satu gambaran bahawa SMK Mahmud Mahyiddin mempunyai satu perancangan yang baik untuk pelaksanaan aktiviti tahunan, Syabas!!.
Peneranga telah diberikan oleh pihak BTPN dan harapan agar SMK Mahmud Mahyiddin akan terus meningkat dalam pembestarian sekolah seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang.

Tuesday, April 19, 2016

BENGKEL HUB VLE SMK MAHMUD MAHYIDDIN


Pada 19 April 2016, SMK Mahmud Mahyiddin bersama pihak YTL telah mengadakan satu Bengkel HUB VLE kepada guru-guru khususnya untuk guru Daerah Tumpat. Bengkel yang diadakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran di kalangan guru untuk menggunakan pelantar VLE dalam pengajaran dan pembelajaran. En Hanif daripada YTL adalah fasilitator pada bengkel yang dijalankan ini. Sambutan yang beri oleh guru amat menggalakkan. Hanya 1 hari sahaja, pendaftaran untuk menghadiri bengkel telah dipenuhi. Minat guru untuk menimba ilmu juga amat jelas apabila mereka menunjukkan semangat yang tinggi semasa bengkel dijalankan.

From HUB VLE SMK KUTAN 19 APRIL 2016
Bengkel ini telah dirasmikan oleh En Nasir bin Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan. Turut hadir adalah pegawai PKG Daerah Tumpat. Harapan agar program sebegini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan guru dalam merealisasikan penggunaan VLE ke tahap yang maksima.

Monday, April 11, 2016

MESYUARAT JKPA SEKOLAH KELOMPOK PKG PASIR PEKAN BIL 1/2016


Mesyuarat telah diadakan pada 11 April 2016 di SMK Dato' Biji Wangsa. Mesyuarat JKPA pada kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Che Omar bin Mohamad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat. Kehadiran beliau memberi suntikan baru dalam menggerakkan aktiviti PKG yang telah dirancang. Mesyuarat JKPA Bil 1/2016 PKG Daerah Tumpat pada kali ini juga dihadiri oleh En Zulkifli bin Zakaria, Penolong Pengarah BTPN Kelantan mewakili Tuan KPP BTPN yang sedang bermesyuarat di Negeri Sembilan. Beliau banyak memberi info terkini selaras dengan keperluan dalam sistem pendidikan masa kini.
Kehadiran PGB daerah Tumpat yang amat menggalakkan pada keseluruhan merupakan satu petunjuk kejayaan terhadap program yang dijalankan. 


Secara keseluruhan, Mesyuarat JKPA PKG Daerah Tumpat Bil 1/2016 yang dijalankan berlaku sebagaimana perancangan. Kehadiran Tuan Haji Che Omar bin Mohamad (KPPD Tumpat) dan En Zulkifli bin Zakria (PP BTPN Kelantan) banyak memberi ruang kepada peserta di kalangan PGB untuk mengetahui perkara terkini dalam bidang tugas yang akan dilaksanakan.

Thursday, March 31, 2016

TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI PKG DAERAH TUMPAT 2016

Taklimat ini diadakan selama dua hari. Pada 30 Mac 2016 taklimat yang dijalankan adalah kepada Guru Kanan Bahasa dan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Seramai 48 peserta dari daerah Tumpat telah hadir. Pada hari ke-2 pula iaitu pada 31 Mac 2016, taklimat disampaikan kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris sekolah-sekolah daerah Tumpat. Ucapan dasar disampaikan oleh En Zulkifli bin Zakaria, Penolong Pengarah BTPN Kelantan. Seterusnya taklimat teknikal iaitu berkenaan penggunaan CD yang dibekalkan telah disampaikan oleh En Muhamad Faizal bin Arifin, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pasir Pekan. Peserta diajar berkenaan tatacara menggunakan CD dengan cara yang betul. Pada slot yang ke-3, cara penulisan RPH dengan mengaitkan bahan yang terdapat daripada CD yang dibekalkan telah disampaikan oleh Pegawai SISC+ Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Antara isu yang dikenalpasti semasa taklimat dijalankan ialah :
1. CD yang dibekalkan seharusnya digunakan dengan berhati-hati.
2. Bahan yang terdapat di dalam CD yang diberikan banyak memberi manfaat kepada guru dan pelajar.
3. Cara penulisan RPH yang berkaitan dengan CD yang dibekalkan adalah pendedahan yang baik kepada guru dalam melaksanakan pengajaran menggunakan bahan digital yang dibekalkan.
From TAKLIMAT BAHAN DIGITAL MBMMBI DAERAH TUMPAT - BAHASA INGGERIS 31 MAC 2016
Secara keseluruhan, TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI yang dijalankan secara kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat dapat dilakukan sebagaimana perancangan yang ditetapkan. Kehadiran peserta dan kerjasama yang diberikan adalah amat membanggakan. Kesungguhan dan penyebaran ilmu yang ditunjukkan oleh fasilitator yang terlibat juga amat berkesan terhadap pengunaan bahan digital sebagaimana diharapkan.Justeru, pihak PKG Daerah Tumpat amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama khusus pihak PPD Tumpat, BTPN Kelantan dan juga para fasilitator yang terlibat dalam pelaksaan program ini. Harapan agar segala ilmu yang diperolehi dapat dikembangkan di peringkat sekolah dan digunakan untuk peningkatan pembelajaran para pelajar. Segala kelemahan yang dikesan perlu diatasi agar peningkatan penggunaan bahan dapat dilakukan secara berterusan terutama bahan digital MBMMBI ini.  
Taklimat MBMMBI pada 30 Mac 2016.
Taklimat MBMMBI pada 31 Mac 2016.

Thursday, March 24, 2016

TAKLIMAT PENGISIAN DATA NILAM SUKU TAHUN PERTAMA 2016

Kutipan Data NILAM sekolah merupakan salah satu tugas utama PKG. Ia bertujuan untuk mendapatkan data dalam penglibatan pelajar di sekolah. Data yang diperolehi ini amat penting dalam menentukan perancangan aktiviti yang akan dilakukan.
Pihak PKG Pasir Pekan juga seiring untuk menjayakan hasrat ini. Pada 24 Mac 2016 PKG Pasir Pekan telah mengadakan taklimat Pengisian Data NILAM bagi suku tahun pertama 2016. Kehadiran peserta adalah di kalangan GPM dan Penyelaras NILAM sekolah kelompok. Taklimat disampaikan oleh En Abdullah bin Bakar, PTP PKG Pasir Pekan dengan bantuan staf PKG Pasir Pekan. Kefahaman guru adalah amat penting bagi menjamin pengisian yang tepat. Objektif taklimat yang diadakan ini ialah:
1.  Menyelaras pengisian Data NILAM suku tahun pertama dengan betul.
2.  Membantu AJK NILAM di sekolah untuk membuat pengisian data dengan cara yang betul.
3. Menyelesaikan pengisian data NILAM suku tahun pertama pada tarikh yang ditetapkan.
Taklimat yang dijalankan dapat dilakukan sebagaimana perancangan.
Masa
Perkara
2.00 ptg
Pendaftaran
2.30 ptg– 4.30 ptg
Tatacara Pengisian Data NILAM 2016 :
Ø  Pembinaan fail Excel.
Ø  Pengisian data murid.
Ø  Cara pengagihan kepada guru.
Ø  Cara pengisian.
Ø  Cara penghantaran kepada PKG.
4.30 ptg
Minum ptg & Bersurai
Harapan agar segala ilmu yang diperolehi dapat dikembangkan di peringkat sekolah dan digunakan untuk pengurusan PSS lebih baik. Segala kelemahan yang dikesan perlu diatasi agar setiap pelaksanaan dilakukan dengan cara yang betul dan tepat.
From Taklimat NILAM Kelompok PKG Pasir Pekan 24.3.2016

Wednesday, March 23, 2016

TAHNIAH!!!!

Pada pertandingan NILAM Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada 21-23 Mac 2016 baru-baru ini, PKG Daerah Tumpat telah diwakili oleh 2 orang peserta sekolah rendah dan 2 orang peserta sekolah menengah. Alhamdulillah, PPD Tumpat telah berjaya memperolehi kejayaan pada tempat ke-3 bagi 2 kategori. Tahniah kepada yang berjaya, yang kurang bernasib baik kita cuba lagi pada tahun akan datang.
Pemenang daripada daerah Tumpat ialah:
ADIK NUR ALEYA HAZEEQAH BINTI MOHD ZAKI ( SK MORAK )
PEMENANG TEMPAT KE-3 NEGERI KELANTAN
KATEGORI BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
ANUGERAH NILAM NEGERI KELANTAN 2016

ADIK SITI AISYAH ALIA BINTI SHAMSUL RAHIM ( SK SRI WAKAF BHARU )
PEMENANG TEMPAT KE-3 NEGERI KELANTAN
KATEGORI BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
ANUGERAH NILAM NEGERI KELANTAN 2016

Wednesday, March 9, 2016

MESYUARAT GPB/ICT SEKOLAH KELOMPOK PKG PASIR PEKAN BIL 1/2016

     Mesyuarat Guru Pentelaras Bestari/ICT bagi sekolah kelompok PKG Daerah Tumpat telah berjaya diadakan pada 9 Mac 2016. Mesyuarat telah dijalankan secara pemuafakatan antara PKG daerah Tumpat. Antara objektif mesyuarat ialah :


     1.  Menyelaras aktiviti Makmal Komputer tahun semasa.
     2.  Membentangkan aktiviti Makmal Komputer tahun lepas untuk penambahbaikan.
     3.  Merancang aktiviti tahunan secara tersusun dan secara sistematik.
     
     Kehadiran peserta di kalangan GPB/ICT Daerah Tumpat amat menggalakkan. Mesyuarat yang diadakan di PKG Tumpat ini telah dimulakan dengan perbentangan pelaporan aktiviti 2015 dan perancangan 2016 oleh En Wan Hussain ( PTP PKG Tumpat ). Perbincangan terhadap isu-isu yang berkaitan Makmal Komputer telah dibincangkan. Antara isu yang diperbincangkan lialah berkenaan talian internet sekolah, penggunaan VLE dan isu penyelenggaraan peralatan ICT sekolah.


From Mesyuarat GPB/GICT 9.3.16